Kadang aku perkecilkan manusia,
Tanpa sedar aku juga manusia itu,
Yang masih terkapai dalam lautan,
Yang maha luas terbentang.
Kadang aku terlupa,
Bahawa aku masih ada tuhan,
Masih punya tempat berpaut,
Biarpun kuatnya badai menghempas.
Kadang aku terlena,
Dalam lautan mimpi,
Hakikatnya aku hanya terdampar sepi,
Menanti dilambung ganasnya duniawi.
No comments:
Post a Comment